Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi sekuat 5.7 Richter landa wilayah Chiba di Jepun

Gempa bumi sekuat 5.7 Richter melanda bahagian timur Tokyo hari ini (12 Okt) pada sekitar pukul 6.22 petang waktu tempatan, menurut agensi jabatan kaji cuaca Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi sekuat 5.7 Richter landa wilayah Chiba di Jepun
Diterbitkan : 12 Oct 2019 09:17PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 09:23PM

TOKYO: Gempa bumi sekuat 5.7 Richter melanda bahagian timur Tokyo hari ini (12 Okt) pada sekitar pukul 6.22 petang waktu tempatan, menurut agensi jabatan kaji cuaca Jepun.

Gempa bumi di wilayah Chiba berlaku sedang Taufan Hagibis membadai kawasan pesisir negara itu. Sekurang-kurangnya seorang mati apabila taufan itu melanda.

Agensi itu turut menambah tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu berukuran empat pada skala intensiti gempa bumi Jepun di wilayah selatan Chiba.

Lebih tiga juta penduduk dinasihatkan supaya berpindah sedang Taufan Hagibis membadai ibu kota Jepun itu hari ini (12 Okt) membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 60 tahun.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan