Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi sekuat 4.4 skala Richter gegar Jawa Tengah

Gempa bumi sekuat 4.4 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di wilayah Jawa Tengah petang tadi (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi sekuat 4.4 skala Richter gegar Jawa Tengah

(Gambar: Badan Nasional Penanggulangan Bencana/Facebook)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 07:48PM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 07:50PM

JAKARTA: Gempa bumi sekuat 4.4 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di wilayah Jawa Tengah petang tadi (18 Apr).

Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Alam Negara Encik Sutopo Nugroho, gempa bumi berkenaan sedalam 4 kilometer dan terletak 52 kilometer dari utara daerah Kebumen.

Seorang penduduk dilaporkan maut dalam kejadian itu.

Beberapa rumah, sekolah dan masjid juga musnah, kata Encik Sutupo. Beliau menambah, beberapa penduduk juga luka selepas ditimpa serpihan runtuhan bangunan.

Menurut IDN Times, penduduk yang cedera sudah dikejarkan ke pusat rawatan tempatan. Sekitar 500 penduduk juga sudah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Pasukan keselamatan dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu para mangsa. Hingga saat ini, belum ada tanda-tanda gempa susulan ataupun tsunami, lapor IDN Times.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan