Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi kuat 7.2 Richter gegar timur laut Jepun, amaran tsunami ditarik balik

Agensi kaji cuaca Jepun menarik balik amaran tsunami sekitar sejam selepas satu kejadian gempa bumi yang kuat melanda timur laut negara itu pada Sabtu (20 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi kuat 7.2 Richter gegar timur laut Jepun, amaran tsunami ditarik balik

(Gambar: USGS)

Diterbitkan : 20 Mar 2021 07:59PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 08:05PM

TOKYO: Agensi kaji cuaca Jepun menarik balik amaran tsunami sekitar sejam selepas satu kejadian gempa bumi yang kuat melanda timur laut negara itu pada Sabtu (20 Mac).

Tiada kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

Gempa sekuat 7.2 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pantai wilayah Miyagi pada 6.09 petang waktu tempatan dan dikesan pada kedalaman 60 kilometer.

Agensi itu pada mulanya turut memberi amaran tsunami setinggi satu meter.

Ribuan penduduk juga diberi amaran agar tidak mendekati kawasan pantai.

Namun, amaran itu ditarik balik sekitar 7.30 malam waktu tempatan.

Khidmat perbekalan awam dan penguasa nuklear negara itu menyatakan tidak ada sebarang kegiatan luar biasa berlaku susulan gempa itu.

Namun, perkhidmatan kereta api termasuk kereta api pantas Tohoku Shinkansen digantung.

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan