Images
  • quake
    Gempa bumi 6.6 Richter melanda bahagia barat peranginan pantai di Broome, Autralia. (Gambar: USGS)

Gempa bumi 6.6 Richter landa Australia

SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda barat laut Australia pada Ahad (14 Jul), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut USGS, gempa yang tidak dalam itu berlaku 203 dari kilometer bahagian barat peranginan pantai Broome, Barat Australia.

Berdasarkan Geoscience Australia, yang megukur gempa itu pada 6.5 Richter, gegaran tersebut dirasai di Broome dan Port Hedland yakni pelabuhan eksport pukal terbesar Australia.

Dalam penilaian awalnya, USGS menyatakan kemungkinan kecederaan dan kerosakan berlaku adalah rendah.

- Agensi berita/CNA/FZ/fz

Top