Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 6.5 Richter landa selatan Filipina

Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan pulau Samar di bahagian selatan Filipina hari ini (23 Apr), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 6.5 Richter landa selatan Filipina

Kerosakan akibat gempa bumi di Filipina pada 23 Apr (Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 03:27PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 03:30PM

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter menggegarkan pulau Samar di bahagian selatan Filipina hari ini (23 Apr), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Setakat ini, tiada kecederaan ataupun kerosakan harta benda dilaporkan.

Gempa itu melanda pada pukul 1.37 tengah hari dan berpusat di San Julian di bahagian timur pulau Samar, menurut Insitut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina.

Gegaran susulan dan kerosakan harta benda dijangkakan menyusuli gempa tersebut, tambahnya.

Bencana alam itu berlaku sehari selepas satu gempa bumi kuat menggegarkan bahagian barat laut Manila, meragut nyawa 11 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain. 

Sumber : Agensi berita/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan