Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 6.3 skala Richter gegar selatan Jepun

Gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter menggegarkan pesisir selatan Jepun hari ini (10 Mei), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 6.3 skala Richter gegar selatan Jepun

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 May 2019 09:07AM Dikemas Kini : 10 May 2019 09:10AM

TOKYO: Gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter menggegarkan pesisir selatan Jepun hari ini (10 Mei), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tiada kerosakan harta benda segera dilaporkan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Difahamkan, gegaran berlaku pada kira-kira pukul 8.48 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki pada kedalaman 20 kilometer, menurut agensi berkenaan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula mencatatkan kekuatan gegaran 6.4 pada skala Richter. 

Sumber : Reuters/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan