Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 7.5 skala Richter gegar pantai Timor Timur & Indonesia

Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan pantai-pantai Timor Timur dan Indonesia pada Isnin (24 Jun), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), sementara Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak menjangkakan sebarang ancaman tsunami.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 7.5 skala Richter gegar pantai Timor Timur & Indonesia

Grafik: Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Diterbitkan : 24 Jun 2019 01:50PM Dikemas Kini : 24 Jun 2019 01:53PM

DILI: Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan pantai-pantai Timor Timur dan Indonesia pada Isnin (24 Jun), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), sementara Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak menjangkakan sebarang ancaman tsunami.

Gegaran kuat mencetuskan rasa cemas di ibu kota Timor Timur, Dili sehinggakan orang ramai berlari keluar dari rumah mereka, kata seorang saksi kejadian kepada agensi berita Reuters.

Namun setakat ini beluam ada laporan mengenai sebarang kematian atau kerosakan.

Gegaran juga dirasakan di pulau peranginan Bali, kata beberapa pengguna media sosial. Namun tiada kerosakan atau kecederaan segera dilaporkan di Indonesia, kata Cik Rita Rosita, seorang pegawai agensi pengawalan bencana negara itu.

Gegaran turut dirasakan sejauh bandar Darwin di utara Australia, sekitar 700 kilometer dari pusat gempa, lapor stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation, tetapi tiada kerosakan dilaporkan.

Gempa itu pada awalnya mencatatkan kekuatan 7.2 pada kedalaman 220 kilometer di tengah laut, kata USGS.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini disebabkan kedalaman gempa, menurut kenyataan Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii. 

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan