Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 7.1 Richter goncang Peru: 2 maut, 65 cedera sejauh ini

Gempa bumi besar sekuat 7.1 pada skala Richter menggoncang selatan Peru hari ini (14 Jan) membunuh sekurang-kurangnya 2 orang dan mencederakan lagi 65 yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 7.1 Richter goncang Peru: 2 maut, 65 cedera sejauh ini

Gempa bumi di Peru, 14 Jan. (Gambar: USGS)

Diterbitkan : 14 Jan 2018 11:17PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 11:21PM

LIMA: Gempa bumi besar sekuat 7.1 pada skala Richter menggoncang selatan Peru hari ini (14 Jan) membunuh sekurang-kurangnya 2 orang dan mencederakan lagi 65 yang lain.

Demikian menurut laporan agensi pertahanan awam negara Amerika Selatan itu.

Gempa tersebut berpusat di Lautan Pasifik, 31 kilometer dari bandar pesisir Acari di daerah Arequipa, dan pada kedalaman 36 kilometer daripada permukaan bumi.

Ancaman tsunami bagaimanapun diketepikan oleh angkatan tentera laut Peru dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.

Semasa gegaran bumi itu berlaku di bandar Arequipa pada 4.18 pagi waktu tempatan (5.18 petang waktu S'pura), para penduduk lari bertempiaran ke jalan-jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Gegaran dirasakan sejauh ibu kota Lima.

Gempa tersebut pada awalnya dicatatkan berukuran 7.3 Richter, sebelum Tinjauan Geologi Amerika Syarikat menurunkannya kepada 7.1 Richter.

Sumber : AFP/DIWAI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan