Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 6.1 skala Richter gegar New Zealand

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan sebahagian North Island, New Zealand pada Selasa (30 Okt), menurut Jabatan Kaji Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.1 skala Richter gegar New Zealand

Gempa 6.1 skala Richter gegar New Zealand (Peta: USGS)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 06:19PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 06:24PM

SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan sebahagian North Island, New Zealand pada Selasa (30 Okt), menurut Jabatan Kaji Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu dirasakan oleh ribuan orang, meskipun tiada kerosakan atau korban jiwa dilaporkan segera.

Ia dirasakan di Wellington semasa sidang parlimen berlangsung, menyebabkan timbalan speaker Anne Tolley menghentikan sidang bagi membenarkan para penggubal undang-undang mendapatkan perlindungan sebagai langkah berwaspada.

Menteri Pertahanan Awam Kris Faafoi berkata prosiding di dewan parlimen digantung buat sementara ekoran goncangan kuat yang dirasakan di bangunan itu.

"Kami semua merasakannya di dalam dewan, saya berada di sana pada masa itu ... dan demi keselamatan orang-orang yang berada di dalam dewan itu (speaker) berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan prosiding," katanya.

"Saya rasa itu adalah perkara yang wajar untuk dilakukan kerana kami merasakannya agak kuat."

Encik Ken Wheeler, pengurus kedai perkakas di Taumarunui, 31 kilometer dari timur laut pusat gempa itu berkata ia "hanya gegaran kecil".

"Kami ada bahagian hadiah di sini, dengan gelas-gelas kristal, dan tidak ada apa-apa berlaku."

Gempa tersebut pada awalnya diukur 6.2 pada skala Richter.

Pusat gempa itu terletak di timur Waitara, sebuah bandar pesisir di pertengahan jalan antara Auckland dan Wellington.

Pusat pemantau gempa GeoNet di New Zealand menyatakan kira-kira 15,600 orang merasakan gegaran itu, yang digambarkan sebagai sederhana atau ringan.

Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata ia "dirasakan secara meluas di tengah NZ", walaupun pusat gempa berada pada kedalaman lebih dari 200km.

Beliau menggesa warga New Zealand untuk "menjenguk orang-orang di sekeliling anda".

Menurut New Zealand Herald, gempa bumi itu adalah antara yang paling kuat di New Zealand sejak gempa sekuat 7.8 melanda dekat Kaikoura pada November 2016, yang mengorbankan dua nyawa.

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle sedang dalam lawatan ke New Zealand, namun gempa itu nampaknya tidak kuat dirasakan di Auckland, di mana kerabat Britain itu kini berada.

Sumber : Reuters/AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan