Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 6.1 Richter landa Bali

Satu gempa bumi di dasar laut berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan pulau peranginan Indonesia, Bali pada Selasa (16 Jul), menurut agensi pemantau gempa bumi Eropah, EMSC.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.1 Richter landa Bali

(Gambar: USGS)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 09:49AM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 09:57AM

BALI: Satu gempa bumi di dasar laut berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan pulau peranginan Indonesia, Bali pada Selasa (16 Jul), menurut agensi pemantau gempa bumi Eropah, EMSC.

Gempa itu berlaku kira-kira 102 kilometer dari barat daya Denpasar di Bali dan pada kedalaman 100 kilometer. Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pada awalnya, gempa bumi itu berukuran 5.7 pada skala Richter.

Agensi pengurusan bencana Indonesia memuat naik satu catatan di Twitter bahawa gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan pulau itu pada sekitar jam 7.20 pagi dan pada kedalaman 68 kilometer.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, tambah agensi itu.

Insiden pada Selasa itu berlaku selepas gempa sekuat 7.3 pada skala menggegarkan kepulauan Maluku di timur Indonesia pada Ahad (14 Jul).

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan