Images
  • myanmar india
    Gambar: USGS

Gempa 6.1 Richter gegar rantau sempadan Myanmar-India

REUTERS: Gempa pada kedalaman cetek dan kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan rantau sempadan Myanmar-India awal hari ini (26 Nov), menurut Pusat Nasional bagi Seismologi India.

Gempa itu boleh dirasa di Chittagong, Bangladesh dan sejauh Kolkata di bahagian timur India, menurut pengalaman para penduduk yang dimuat naik ke laman Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) dan para pengguna di Twitter, lapor Reuters.

"Amat kuat" kata seorang penduduk Chittagong di laman EMSC. Chittagong terletak sekitar 184 kilometer ke arah barat pusat gempa itu.

EMSC mencatat gempa itu berukuran 5.8 pada skala Richter, setelah sebelum ini mencatat magnitud 6.0 dan menyatakan bahawa pusat gempa adalah sekitar 126 kilometer ke arah tenggara Aziawl di bahagian timur laut India, lapor Reuters.

- REUTERS/SM/sm

Top