Gempa 6.1 Richter gegar Mindanao, Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina tengah hari ini (7 Feb).
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina tengah hari ini (7 Feb).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi pada pukul 12.22 tengah hari itu, dikesan pada kedudukan 16 kilometer (km) barat dari Digos City, Filipina pada kedalaman 24 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.