Images
  • melbourne quake
    Pegawai polis menutup satu persimpangan di mana serpihan runtuhan berserakan selepad gempa merosakkan sebuah bangunan di Melbourne pada 22 Sep 2021. (Gambar: AP)

Gempa 6.0 Richter gegar kawasan dekat Melbourne

SYDNEY/MELBOURNE: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan kawasan berdekatan Melbourne di Australia hari ini (22 Sep), menurut Geoscience Australia.

Pusat gempa itu berhampiran kawasan luar bandar Mansfield, kira-kira 200 kilometer dari timur laut Melbourne, dan pada kedalaman 10 kilometer.

Bencana yang jarang berlaku itu tercetus sejurus selepas pukul 9.00 pagi waktu tempatan (7.00 pagi waktu Singapura) dan gegarannya dirasakan sejauh beratus-ratus kilometer.

Menurut laporan-laporan, orang ramai berlari keluar ke jalan-jalan raya di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia, selepas gempa itu mengoncangkan bangunan-bangunan di sana.

Stesen radio 3AW memuatnaik gambar runtuhan di jalan raya akibat bencana itu. Orang ramai di bahagian utara bandar tersebut pula mengadu di media sosial bahawa bekalan elektrik terputus.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada tanah besar Australia, pulau atau wilayah, menurut Biro Meteorologi negara itu dalam satu kenyataan.

Jabatan Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS) meletakkan magnitud gempa itu pada 5.8. 

- Agensi berita/FZ/fz

Top