Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.7 skala Richter gegarkan Taiwan

Satu gempa bumi melanda Taiwan pada Selasa (23 Okt), dengan gegarannya dapat dirasai sejauh ibu kota, Taipei.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.7 skala Richter gegarkan Taiwan

Gempa bumi di timur Taiwan dirasai sehingga ibu kota Taipei (Peta: USGS)

Diterbitkan : 23 Oct 2018 04:21PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 04:25PM

TAIPEI: Satu gempa bumi melanda Taiwan pada Selasa (23 Okt), dengan gegarannya dapat dirasai sejauh ibu kota, Taipei.

Gempa bumi yang berpusat 104 kilometer dari bandar Hualien, berukuran 5.7 pada skala Richter, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat. Biro kaji cuaca Taiwan bagaimanapun menyatakan gempa tersebut berukuran 6.0.

Tiada kerosakan dilaporkan setakat ini, menurut biro tersebut.

Seorang saksi memberitahu Reuters bahawa gempa tersebut menyebabkan bangunan-bangunan di Taipei bergegar. Tiada maklumat lanjut diberikan buat masa ini.

Biro Cuaca Pusat menyatakan gempa tersebut berpusat 104 kilometer dari timur Dewan Daerah Hualien pada kedalaman 31 kilometer, dan berlaku selama 18 saat.

Menurut laporan Taiwan News, gegaran pada tahap ketiga dapat dirasai di daerah Yilan, New Taipei City dan Taichung City.

Taiwan menggunakan skala antara satu hingga tujuh untuk mengukur gegaran gempa di lokasi-lokasi tertentu. Angka yang lebih besar menandakan gegarannya lebih kuat.

Laporan tersebut menambah gegaran tahap dua turut dirasai di merata Taiwan.

Pada Februari lalu, gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter di Hualien menyebabkan 17 orang terbunuh.

Gempa tersebut juga menyebabkan keruntuhan pada sesetengah bangunan, termasuk Hotel Marshal yang merupakan antara mercu tanda Taiwan.

Gempa paling dahsyat pernah melanda Taiwan dalam tempoh beberapa dekad yang lalu berlaku pada September 1999, yang mengorbankan sekitar 2,400 nyawa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan