Gempa 5.7 skala Richter gegar Aceh
Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah Aceh di bahagian barat Indonesia hari ini (17 Jan), menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG).
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter melanda wilayah Aceh di bahagian barat Indonesia hari ini (17 Jan), menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG).
Gempa itu berlaku pada pukul 9.53 pagi waktu tempatan. Ia berpusat di 202 kilometer barat laut Kota Sabang dengan kedalaman 165 kilometer, kata seorang pegawai BMKG, Fahmi Muntaha, ketika dihubungi oleh agensi berita Xinhua.
Indonesia sering dilanda gempa bumi kerana ia terletak di zon Lingkaran Api Pasifik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.