Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.7 pada skala Richter gegar pulau Luzon, Filipina

Gempa bumi kuat menggegarkan pulau utama Filipina pada Isnin (27 Sep), tetapi tiada laporan tentang kerosakan, menurut Jabatan Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS) dan para pegawai tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.7 pada skala Richter gegar pulau Luzon, Filipina

Gempa bumi menggegarkan pulau Luzon, Filipina pada 27 Sep. (Gambar: USGS)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 09:24AM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 09:27AM

MANILA: Gempa bumi kuat menggegarkan pulau utama Filipina pada Isnin (27 Sep), tetapi tiada laporan tentang kerosakan, menurut Jabatan Kaji Bumi Amerika Syarikat (USGS) dan para pegawai tempatan.

Gempa kuat berukuran 5.7 pada skala Richter itu melanda pulau Luzon di wilayah Batangas pada 1.12 pagi dengan para penduduk di ibu kota Manila yang terletak berdekatan terjaga daripada tidur oleh bangunan mereka yang bergegar.

Bencana alam itu melanda pada kedalaman 98 kilometer, menurut USGS. Agensi seismologi tempatan turut mengeluarkan amaran tentang risiko berlaku kerosakan dan gempa susulan.

Gempa bumi yang dalam biasanya kurang menyebabkan kerosakan berbanding gempa yang berlaku pada kedalaman yang lebih cetek.

Pihak berkuasa berdekatan pusat gempa bagaimanapun menyatakan pihak mereka belum lagi menerima sebarang laporan tentang kerosakan.

"Ia sangat kuat," kata Encik Jose Clyde Yayong, seorang pegawai bencana di bandar Tagaytay di wilayah Cavite yang terletak bersebelahan dengan wilayah tersebut.

"Sejauh ini belum ada insiden berkaitan gempa itu."

Encik Leonardo Tristan, pegawai bencana di bandar Looc di pulau Occidental Mindoro pula berkata bahawa kesan gempa itu menyebabkan sesetengah penduduk bergegas ke luar rumah mereka.

"Isteri saya berteriak 'ada gempa bumi!'" kongsi Encik Tristan kepada AFP.

Filipina kerap dilanda gempa bumi disebabkan oleh lokasinya di lingkaran gunung berapi Pasifik.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan