Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.6 Richter gegarkan Taitung di tenggara Taiwan

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Taitung di bahagian tenggara Taiwan pada Rabu (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.6 Richter gegarkan Taitung di tenggara Taiwan

Gempa 5.6 Richter gegarkan Taitung di tenggara Taiwan. (Gambar: Petikan gambar daripada USGS)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 12:14PM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 12:18PM

TAIPEI: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Taitung di bahagian tenggara Taiwan pada Rabu (3 Apr).

Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan sejauh ini, menurut biro kaji cuaca pulau itu.

Seorang saksi memberitahu Reuters bahawa beliau ternampak beberapa bangunan di ibu kota Taiwan bergegar akibat gempa tersebut. Gempa berkenaan melanda pada kedalaman 10 kilometer dan sejauh ini tiada butiran lain diterima.

Taiwan mudah terdedah kepada bahaya gempa kerana pulau itu terletak dalam lingkaran gunung berapi.

Lebih 100 orang terkorban akibat gempa yang melanda bahagian selatan Taiwan pada 2016 dan ramai rakyat Taiwan masih dihantui dengan gempa dahsyat yang meragut nyawa lebih 2,000 orang pada 1999.

Pada Januari, gempa berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Taiwan, sekitar 92 kilometer dari bahagian timur daerah Hualien. Gegaran bencana alam itu turut dirasakan di kawasan sejauh Taitung.

Pada Februari lalu pula, gempa 6.4 Richter menggegarkan kawasan dekat Hualien sejurus sebelum tengah malam, mengorbankan 17 penduduk.

Ramai mangsa terperangkap dalam bangunan yang sebahagiannya roboh akibat gempa tersebut.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan