Gempa 5.6 Richter gegarkan Kepulauan Talaud
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada 7:32 pagi tadi (11 Sep).
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada 7:32 pagi tadi (11 Sep).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 43 kilometer timur dari Pulau Talaud, Sulawesi Utara, pada kedalaman 73 kilometer.
Bagaimanapun, bencana alam itu tidak membawa ancaman tsunami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.