Gempa 5.5 skala Richter gegarkan barat daya Sumatera
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada pukul 2.46 pagi, Rabu (20 Feb).
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada pukul 2.46 pagi, Rabu (20 Feb).
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan pusat gempa itu terletak kira-kira 327 kilometer selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.