Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.5 Richter gegar timur Jepun

Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan timur Jepun pada Isnin (24 Jun), kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.5 Richter gegar timur Jepun

Skrin yang memaparkan kekuatan gempa bumi di Jepun pada 24 Jun 2019. (Gambar: Twitter/yokolostinjapan)

Diterbitkan : 24 Jun 2019 11:09AM Dikemas Kini : 24 Jun 2019 11:14AM

TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan timur Jepun pada Isnin (24 Jun), kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Gempa itu berpusat dekat pantai Chiba dekat Tokyo, kata agensi itu sambil menambah tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa yang berlaku pada 9.16 pagi waktu tempatan (8.16 pagi waktu Singapura) mencatat kekuatan maksimum 4 daripada tujuh pada skala ukuran kekuatan gempa bumi Jepun termasuk di beberapa bahagian tengah Tokyo.

Gempa bumi lazim berlaku di Jepun yang terletak di salah satu kawasan seismik paling aktif di dunia.

Sekitar 20 peratus daripada gempa bumi di dunia berukuran sekuat 6 atau lebih pada skala Richter berlaku di Jepun.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan