Gempa 5.4 skala Richter gegarkan Irian Jaya, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada pukul 1.55 tengah hari tadi (19 Okt).
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan Irian Jaya, Indonesia pada pukul 1.55 tengah hari tadi (19 Okt).
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan medianya hari ini (19 Okt) memaklumkan bahawa gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 201 kilometer barat dari Jayapura, Indonesia.
Gempa itu bagaimanapun tidak menimbulkan ancaman tsunami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.