Images
  • gempa (1)
    Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Gempa 5.4 skala Richter gegar utara Sumatera

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan bahagian utara Sumatera pada pukul 12.26 tengah malam tadi (16 Okt).

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi (16 Okt), memaklumkan bahawa gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 26 kilometer selatan dari Meulaboh, Indonesia.

Gempa itu bagaimanapun tidak mencetuskan ancaman tsunami terhadap negara jiran, Malaysia. 

- BERNAMA/AI/ai

Top