Images
  • bandung
    (Gambar: BMKG Bandung Twitter)

Gempa 4.1 skala Richter gegarkan Bandung

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini (1 Feb).

Gempa yang berpusat di 17 Kilometer Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada jam 1.08 tengah hari waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas akibat kejadian itu.

- BERNAMA/NA/na

Top