Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelombang ke-3 penularan COVID-19 dipercayai sedang landa Korea Selatan

Pakar-pakar kesihatan Korea Selatan percaya bahawa gelombang ketiga penularan COVID-19 sedang melanda negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gelombang ke-3 penularan COVID-19 dipercayai sedang landa Korea Selatan

Sekumpulan wanita bergambar pada musim luruh di tengah pandemik COVID-19 di Seoul, Korea Selatan. (Gambar fail: Kim Hong-Ji/Reuters)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 03:44PM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 04:22PM

KOREA SELATAN: Pakar-pakar kesihatan Korea Selatan percaya bahawa gelombang ketiga penularan COVID-19 sedang melanda negara itu.

Lebih 300 kes baru dilaporkan hari ini (20 Nov), iaitu buat hari ketiga berturut-turut.

Pertemuan-pertemuan privet secara berkumpulan didakwa menjadi punca utama munculnya kelompok-kelompok penularan baru itu.

Lantaran itu, Perdana Menteri Korea Selatan Chung Sye-kyun, menyeru orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan akhir tahun atau melakukan kegiatan di luar rumah yang tidak perlu.

Beliau juga menambah bahawa jika penularan baru ini tidak dapat dikekang dengan segera, langkah-langkah yang lebih ketat mungkin perlu dilaksanakan di negara itu.  

Sumber : Reuters/MU/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan