Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelombang haba terus landa Jepun; cetus kebimbangan jelang Sukan Olimpik

Jepun terus bergelut dengan gelombang haba yang meningkat ke paras rekod. Suhu mencecah 40 darjah Selsius di Kyoto buat hari keenam berturut-turut, iaitu paling tinggi dalam rekod.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2018 05:59PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 08:46PM

TOKYO: Jepun terus bergelut dengan gelombang haba yang meningkat ke paras rekod. Suhu mencecah 40 darjah Selsius di Kyoto buat hari keenam berturut-turut, iaitu paling tinggi dalam rekod.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran "tahap berbahaya" berkenaan gelombang haba itu semetara pakar-pakar menggesa orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah strok haba. Para penduduk turut dinasihati supaya tidak melakukan senaman berat di luar rumah.

Tokyo juga mengalami cuaca panas sehingga 36.5 darjah Selsius. Sekurang-kurangnya 14 kematian dilaporkan di Tokyo sahaja. Lebih 2,600 orang kini dirawat di hospital merata Jepun.

Insiden ini turut mencetuskan kebimbangan berkenaan Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang bakal diadakan semasa musim panas di negara itu.

Sebelum ini, acara sukan seumpama itu pernah diadakan di negara-negara dengan cuaca lebih panas seperti di Athens dan Beijing. Namun, cuaca panas Jepun berserta gelombang haba tidak sahaja akan menjejas keselesaan penduduk tetapi juga mengancam keselamatan kesihatan mereka.

Lantaran itu, pemerintah tempatan dan para pegawai rasmi Olimpik kini sedang mengkaji cara-cara untuk menangani masalah ini. Antaranya termasuk menggunakan cat-cat penghadang suria di jalan raya dan menyediakan tempat-tempat berwap di negara itu.  

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan