Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelombang haba Sydney cecah paras rekod jangkaui 47°C; tertinggi dalam 79 tahun

Suhu mencecah paras rekod tertinggi di Sydney Australia pada Ahad (7 Jan) sedang bandar itu dilanda gelombang haba.

Anggaran Waktu Membaca:
Gelombang haba Sydney cecah paras rekod jangkaui 47°C; tertinggi dalam 79 tahun

Jambatan Harbour, Sydney. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Jan 2018 12:02PM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 12:05PM

SYDNEY: Suhu mencecah paras rekod tertinggi di Sydney Australia pada Ahad (7 Jan) sedang bandar itu dilanda gelombang haba.

Menurut Sydney Morning Herald, suhu di Penrith, barat Sydney, yang dicatat sebelum pukul 3.30 petang waktu tempatan mencecah 47.3°C - paling tinggi dalam tempoh 79 tahun.

Ini dilepasi oleh satu lagi rekod yang dicatat di Stesen Old Richmond pada 47.8°C.

Suhu di Kawasan Pusat Bandar pula mencecah suhu paling panas dalam tempoh lima tahun, iaitu 43.4°C sebaik sahaja selepas pukul 1.00 tengah hari, tambah laporan itu.

Beberapa amaran kebakaran juga dikeluarkan di lebih banyak kawasan di Sydney dan larangan menyalakan api dibuat di merata bandar dan negara.

Menurut 9News Australia, terdapat 51 kebakaran di merata bandar itu semalam.

Pada hari Sabtu, kebakaran belukar memusnahkan bangunan dan mengancam nyawa di tiga wilayah - Victoria, Australia Selatan dan Tasmania.

Kebakaran yang marak tanpa terkawal menjilat beberapa bangunan di pinggir Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia dan juga ibu kota Victoria.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan