Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gelandangan didakwa guna periuk nasi buat ancaman bom palsu

Seorang pemuda gelandangan didakwa dengan tuduhan meletakkan bom palsu selepas tiga periuk nasi kosong menimbulkan gangguan besar pada perkhidmatan kereta api bawah tanah di New York, kata polis pada Sabtu (17 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Gelandangan didakwa guna periuk nasi buat ancaman bom palsu

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 03:46PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 03:51PM

NEW YORK : Seorang pemuda gelandangan didakwa dengan tuduhan meletakkan bom palsu selepas tiga periuk nasi kosong menimbulkan gangguan besar pada perkhidmatan kereta api bawah tanah di New York, kata polis pada Sabtu (17 Ogos).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, Larry K. Griffin II, 26 tahun, ditahan polis dari Jabatan Polis New York dan didakwa dengan tiga pertuduhan meletak bom palsu.

Sebahagian bandar itu berada dalam keadaan cemas selama dua jam pagi Jumaat lalu susulan penemuan tiga objek mencurigakan, dua berhampiran Pusat Dagangan Dunia di stesen kereta api bawah tanah Fulton Street dan satu lagi di daerah Chelsea di bahagian utara.

Stesen terbabit kemudian segera dikosongkan manakala perkhidmatan kereta api di dua laluan digantung sementara manakala kereta api untuk satu lagi laluan di Fulton Street tidak melalui stesen berkenaan.

Menurut polis, kesemua objek mencurigakan itu pada akhirnya disahkan hanya tiga periuk nasi kosong dari jenis dan model yang sama.

Media tempatan melaporkan, Griffin adalah bekas penduduk Bruno, di Virginia Barat.

Pejabat Sherif Logan County di Virginia Barat mengesahkan Griffin memiliki rekod jenayah.

Pemuda itu pernah ditahan sekurang-kurangnya tiga kali sejak lapan tahun lalu atas tuduhan memiliki barang kawalan termasuk senjata dan menggunakan bahan lucah untuk memancing mangsa bawah umur.

Menurut media tempatan, motif Griffin masih tidak diketahui. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan