Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

GDP Hong Kong jatuh 3.2%; alami kemelesetannya yang pertama dalam sedekad

Hong Kong pada Jumaat (15 Nov) mengesahkan ekonominya kini dalam kemelesetan, diheret oleh bantahan antipemerintah yang berlarutan dan pertikaian dagangan Amerika-China.

Anggaran Waktu Membaca:
GDP Hong Kong jatuh 3.2%; alami kemelesetannya yang pertama dalam sedekad

Latar langit Hong Kong (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 08:15PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 08:20PM

HONG KONG: Hong Kong pada Jumaat (15 Nov) mengesahkan ekonominya kini dalam kemelesetan, diheret oleh bantahan antipemerintah yang berlarutan dan pertikaian dagangan Amerika-China.

Ekonomi wilayah pentadbiran khas China itu jatuh 3.2% pada suku ketiga tahun ini, dengan itu mengalami kemelesetannya yang pertama sejak sedekad lalu.

Pertumbuhan GDP itu dilaporkan sedang Hong Kong dicengkam tunjuk-tunjuk perasaan antipemerintah yang melumpuhkan beberapa bahagian wilayah itu buat hari kelima berturut-turut.

Bantahan besar-besaran dilancarkan di daerah perniagaan pusat pada waktu makan tengah hari tadi.

Para penunjuk perasaan juga berhimpun di beberapa lokasi lain termasuk di Causeway Bay dan Wong Chuk Hang.

Mereka juga cuba melumpuhkan sistem pengangkutan dengan memasang hadangan-hadangan untuk menyekat perjalanan lalu lintas di terowong yang menghubungkan pulau Hong Kong dengan Kowloon.

Tunjuk-tunjuk perasaan yang bertukar ganas sejak Isnin lalu memaksa penutupan sekolah dan menyekat lebuh raya serta rangkaian pengangkutan yang menjejas kegiatan hab kewangan Hong Kong.

Para penunjuk perasaan berikrar untuk meneruskan bantahan dan sekolah-sekolah ditutup sehingga Ahad ini.

Sementara itu polis Hong Kong menyifatkan kematian seorang lelaki berusia 70 tahun sebagai satu pembunuhan.

Lelaki itu, seorang pekerja pembersihan, meninggal dunia selepas kepalanya ditimpa batu-bata semasa pertempuran antara para penunjuk perasaan antipemerintah dengan kumpulan yang menyokong pemerintah.

Jurucakap Polis mengesahkan lelaki itu sedang mengambil gambar di tempat kejadian semasa waktu rehat tengah hari dan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan.

Sumber : CNA/Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan