Images
  • kid homework
    Gambar hiasan seorang budak membuat kerja sekolah. (Gambar hiasan: Unsplash)

Gara-gara tonton kartun, budak 8 tahun maut ditampar ibu

XIAN: Seorang budak perempuan menemui ajal setelah ditampar pada bahagian belakang kepala oleh ibunya dalam kejadian di China.

Insiden tragik tersebut berlaku di bandar Tongchuan, wilayah Shaanxi.

Menurut media tempatan, ibu mangsa naik berang selepas kanak-kanak berusia lapan tahun itu membuat kerja sekolah sambil menonton rancangan kartun.

"Akibat terlalu marah, wanita berkenaan menampar bahagian belakang kepala mangsa dengan kuat sebelum kanak-kanak itu menangis tanpa henti.

"Bagi memujuk mangsa, wanita tersebut memberinya makan kaki ayam. Tidak lama selepas itu, mangsa menunjukkan simptom pening dan muntah.

"Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital," kata polis.

Sementara itu, doktor berkata punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan kuat pada bahagian belakangnya. Saraf otak budak itu difahamkan pecah sekali gus membawa maut.

- Agensi berita/FZ/fz

Top