Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara tak bayar nafkah, bekas ibu mertua tikam menantu, potong testikel

Seorang wanita mengaku membunuh bekas menantunya kerana tidak membayar wang nafkah anaknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara tak bayar nafkah, bekas ibu mertua tikam menantu, potong testikel

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 16 Aug 2019 09:39PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 09:40PM

NOGOROD (RUSSIA) : Seorang wanita mengaku membunuh bekas menantunya kerana tidak membayar wang nafkah anaknya.

Dmitry Bogdanov, 32 tahun, maut selepas ditikam 27 kali.

Menurut polis, wanita berusia 49 tahun itu turut menggunakan pisau dapur untuk memotong testikel atau buah zakar lelaki berkenaan.

Dia kemudian membuangnya ke luar tingkap rumahnya di Novgorod, Rusia.

Sebelum itu, wanita terbabit bersama pasangannya dan Bogdanov minum arak bersama.

Satu pergaduhan berlaku selepas wanita tersebut menuduh Bogdanov gagal membayar nafkah kepada anak serta cucunya.

Dia menikam mangsa beberapa kali dan apabila Bogdanov rebah, teman lelaki suspek merampas pisau darinya dan terus menyerang mangsa.

Wanita itu kemudian memotong testikel mangsa sebelum membuangnya ke luar tingkap.

Menurut polis, mangsa ditikam sebanyak 27 kali.

Setelah melakukan pembunuhan kejam itu, wanita tersebut menelefon anak perempuannya dan memberitahu apa yang sudah dilakukan.

Anak wanita itu segera menghubungi polis.

Pada mulanya, wanita dan pasangannya itu tidak mengaku membunuh Bogdanov tetapi kemudian mengubah kenyataan mereka.  

Sumber : Agensi berita/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan