Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara mabuk cinta, wang hantaran RM60,000 lesap ditipu kekasih Facebook

Seorang penjawat awam bukan sahaja kehilangan wang hantaran berjumlah RM60,000 (S$20,000) bahkan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga menghilangkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara mabuk cinta, wang hantaran RM60,000 lesap ditipu kekasih Facebook

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 10:31PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 10:32PM

KUCHING: Seorang penjawat awam bukan sahaja kehilangan wang hantaran berjumlah RM60,000 (S$20,000) bahkan kekasih Facebook yang dikenali sebagai ‘Aishah’ juga menghilangkan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa lelaki berusia 28 tahun itu dari Sibu mula mengenali suspek melalui Facebook sebelum berhubung melalui whatsapp dan daripada hubungan tersebut, mangsa telah mengajak suspek untuk berkahwin.

“Suspek bersetuju untuk berkahwin dengan mangsa. Walau bagaimanapun, suspek meminta mangsa untuk memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebagai wang hantaran.

“Justeru, mangsa telah beberapa kali membuat transaksi pemindahan wang keseluruhan berjumlah  RM60,000 (S$20,000) ke satu akaun atas nama individu yang tidak dikenali sejak November tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini (20 Apr).

Lebih perit, menurut Supt Mustafa, sumber kewangan mangsa adalah hasil wang pinjaman peribadi dari sebuah institusi kewangan dan mangsa menyedari telah ditipu setelah kekasih Facebooknya tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan