Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara jaket dan rantai motosikal, anak maut, bapa cedera

Seorang lelaki maut selepas jaket yang dipakainya tersangkut pada rantai motosikal yang ditunggang oleh bapanya dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 14.8 Lebuhraya BKE di Pulau Pinang.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara jaket dan rantai motosikal, anak maut, bapa cedera

Jaket yang dipakai seorang lelaki tersangkut pada rantai motosikal bapanya. (Gambar: Penang Kini/Facebook)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 07:30PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 07:39PM

BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas jaket yang dipakainya tersangkut pada rantai motosikal yang ditunggang oleh bapanya dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 14.8 Lebuhraya BKE di Pulau Pinang.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 3.00 petang pada Khamis (6 Sep).

Menurut laporan Astro Awani, mangsa yang dikenali sebagai Teh Chin Tatt, 35 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepalanya.

Bapanya pula, Teh Bah Chee yang berusia 69 tahun, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Penolong Pesuruhjaya Nik Roz Azhan Nik Abd Hamid, memaklumkan Astro Awani bahawa mangsa dan bapanya sedang dalam perjalanan ke Butterworth.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, tiba- tiba jaket yang dipakai mangsa tersangkut pada rantai motosikal, menyebabkan motosikal yang ditunggang bapanya hilang kawalan dan terbabas.

Mangsa terjatuh dan meninggal dunia ditempat kejadian, lapor Astro Awani.

Mangsa dan bapanya dibawa ke Hospital Seberang Jaya, masing-masing untuk bedah siasat dan rawatan lanjut. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan