Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara habiskan ayam goreng KFC ibu, 2 beradik ditekap seterika panas

Disangka didera bapa tiri, rupa-rupanya ibu kandung yang menyakiti anak-anaknya yang masih kecil.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara habiskan ayam goreng KFC ibu, 2 beradik ditekap seterika panas

(Gambar fail: Ronaldo Schemidt/AFP/Facebook)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 09:25PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 09:46PM

AFRIKA SELATAN: Disangka didera bapa tiri, rupa-rupanya ibu kandung yang menyakiti anak-anaknya yang masih kecil.

Lebih mengejutkan lagi, kesan lecuran pada tubuh kanak-kanak terbabit disebabkan ditekap seterika oleh si ibu - gara-gara memakan ayam KFC yang dibelinya.

Menurut Daily Star, polis menerima aduan daripada seorang guru yang menyedari dua badan kanak-kanak berkenaan, masing-masing berusia lima dan tujuh tahun, mengalami kelecuran pada tangan mereka.

Polis pada awalnya menyoal siasat bapa tiri mereka tetapi pihaknya mendapati beliau tidak lagi bersama ibu kanak-kanak tersebut.

Polis kemudian menyiasat seorang wanita berusia 27 tahun, lapor Times Live.

Pada ketika itulah, para penyiasat mendapati kelucuran yang dialami mereka disebabkan si ibu yang menghukum mereka kerana memakan ayam goreng KFCnya.

Sarjan Carmen Hendricks memberitahu Daily Star: "Kami mendapati semua ini dilakukannya kerana kanak-kanak itu memakan ayam KFCnya.

"Suspek mencarinya dan anak-anaknya pula mengaku sudah memakan ayam goreng tersebut. Dia kemudian menekap seterika pada tangan dan peha mereka.

"Ketika dimaklumkan oleh guru sekolah bahawa kanak-kanak itu tidak dapat menumpukan perhatian di sekolah, bapa tiri mereka mengaku tentang apa yang dilakukan ibu dua kanak-kanak itu semasa cuti sekolah.

"Kanak-kanak itu, yang tinggal bersama ibu mereka pada ketika itu, ketakutan. Mereka tidak berbual dengan sesiapa sehingga mereka kembali ke sekolah."

Dua mangsa berkenaan kini diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa sedang siasatan dijalankan. Nama mereka dan suspek tidak dinamakan.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan