Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara durian ratusan orang dipindahkan dari perpustakaan

Ratusan orang dipindahkan dari perpustakaan selepas sebiji durian yang busuk mencetuskan kebimbangan mengenai kebocoran gas.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara durian ratusan orang dipindahkan dari perpustakaan

Gambar fail durian.

Diterbitkan : 29 Apr 2018 01:18PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 01:21PM

AUSTRALIA: Ratusan orang dipindahkan dari perpustakaan selepas sebiji durian yang busuk mencetuskan kebimbangan mengenai kebocoran gas.

Pasukan bomba dikerah ke kampus Universiti Institut Teknologi diraja Melbourne (RMIT) sejurus selepas pukul 3.00 petang semalam (28 Apr) setelah bau gas dilaporkan di perpustakaan universiti tersebut, menurut jabatan bomba bandar itu dalam satu kenyataan.

Sekitar 500 pelajar dan pensyarah dipindahkan oleh para pegawai polis, sedang berpuluh-puluh anggota bomba mengenakan peralatan pernafasan untuk menyiasat sumber bau tersebut.

Bangunan itu dipercayai menyimpan bahan-bahan kimia yang berpotensi berbahaya.

Para anggota bomba akhirnya berjaya mengesan bau itu daripada sebiji durian yang ditinggalkan di dalam sebuah almari.

Bau durian itu meresap ke dalam sistem penghawa dingin bangunan tersebut. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan