Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara diet 'quinoa' Najib, anak kena tempias

Tiba-tiba sejenis makanan yang diusahakan sejak ribuan tahun dulu - quinoa - popular dalam kalangan masyarakat. Ia disebut di majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Bangi pada 22 Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara diet 'quinoa' Najib, anak kena tempias

(Gambar: ashmannajib/ Instagram)

Diterbitkan : 26 Feb 2018 12:31PM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 12:35PM

KUALA LUMPUR: Tiba-tiba sejenis makanan yang diusahakan sejak ribuan tahun dulu - quinoa - popular dalam kalangan masyarakat. Ia disebut di majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Bangi pada 22 Februari lalu.

Ia mudah menarik perhatian ramai kerana ia dibangkitkan secara spontan oleh perdana menteri ketika sesetengah anggota masyarakat mengeluh akibat kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Tempias daripada polemik mengenai bijirin quinoa itu kemudian terkena kepada anak lelaki PM Najib, Norashman, yang memuat naik satu gambar ke laman Instagram, lapor Malaysiakini.

Melalui gambar itu, anak PM Najib mempromosikan produk quinoa yang dipasarkan di bawah jenama 'Quib'.

Menurut Malaysiakini, sekeping imej Encik Norasham yang dimuat naik pada 2014 menunjukkan beliau bergambar di depan stok quinoa, diiringi dengan kapsyen: "Amat gembira quinoa jenama kami akhirnya berada di rak (dapat dijual). Dapatkan quinoa terbaik sekarang di Grocer Village yang berdekatan."

Ia kemudian mengundang spekulasi bahawa Encik Norashman terlibat dalam perniagaan quinoa.

Semakan maklumat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Encik Norashman adalah pengarah bagi Rasa Food Asia Sdn Bhd iaitu syarikat yang mengedarkan quinoa jenama Quib.

Dua lagi pengarah syarikat itu ialah Encik Kaveh Wong Tz Toe dan Encik Mohd Fadli Abdul Farish.

Bagaimanapun, Encik Norashman bukan salah seorang pemegang saham syarikat berkenaan. Dua pertiga syarikat itu dikuasai Encik Mohd Fadli manakala selebihnya oleh Encik Wong.

Melalui laman sesawang Quib, qunioa organik mereka dijual pada harga RM29.50 (S$10) untuk paket 400g, manakala bungkusan seberat 25kg dijual pada harga RM1,250 (S$420). Pada Khamis lalu (22 Feb), PM Najib memberitahu beliau menggantikan beras dengan quinoa sebagai dietnya untuk menjaga kesihatan.

Kata perdana menteri itu, quinoa diperkenalkan oleh anak lelaki beliau.

Sehari kemudian Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan untuk menegaskan diet diambil Encik Najib itu tidak bergantung kepada quinoa semata-mata.

Malah menurut PMO, diet berkenaan disarankan oleh doktor, selain PM Najib giat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan.

Menurut Malaysiakini lagi, kenyataan dibuat PM Najib itu segera mengundang reaksi daripada pemimpin pembangkang. Antaranya ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan