Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara curi pisang, lelaki dipukul sehingga mati

Seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 40-an tahun, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, di Terengganu pada pukul 4.30 petang semalam (3 Dis) dengan dua tandan pisang berdekatan kepalanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara curi pisang, lelaki dipukul sehingga mati

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 08:12AM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 08:13AM

MARANG: Seorang lelaki, berusia dalam lingkungan 40-an tahun, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang, di Terengganu pada pukul 4.30 petang semalam (3 Dis) dengan dua tandan pisang berdekatan kepalanya.

Gambar lelaki itu dengan kepalanya berdarah tular di laman sosial Facebook, dan maklumat dari WhatsApp yang ditularkan mendakwa lelaki itu dipukul sehingga mati kerana mencuri pisang orang kampung.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali, ketika ditemui berkata polis sudah mengenal pasti suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya kepada wartawan.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan