Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gara-gara curi lembu, 24 maut di Nigeria

Sekurang-kurangnya 24 orang disahkan terkorban dalam keganasan terbaru yang tercetus di Nigeria, kata pegawai tempatan semalam (7 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Gara-gara curi lembu, 24 maut di Nigeria

Gambar hiasan. (Gambar: SHAH MARAI / AFP)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 06:53PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 06:56PM

ABUJA: Sekurang-kurangnya 24 orang disahkan terkorban dalam keganasan terbaru yang tercetus di Nigeria, kata pegawai tempatan semalam (7 Mac).

Keganasan itu berlaku dalam sebuah masyarakat di Benue sejak Isnin lalu (5 Mac) selepas beberapa penggembala tempatan melaporkan kes kecurian lembu, kata gabenor negeri, Sam Ortom. 

Kebanyakan mangsa yang maut dalam keganasan di Omusu Edimoga adalah wanita dan kanak-kanak, kata Encik Ortom, yang menyifatkan pembunuhan itu sebagai "tidak masuk akal." 

Beliau mendakwa penggembala terbabit pergi ke daerah itu untuk membuat kacau dan tidak menunggu hasil siasatan polis berhubung kes kecurian lembu yang dilaporkan terlebih dahulu. 

Seorang lagi pegawai tempatan berkata beberapa pelajar sekolah dibunuh oleh penyerang pada Isnin dan Selasa (6 Mac), dan mereka turut mengugut untuk mencederakan lebih ramai orang. 

Satu rundingan damai sedang berlangsung bagi menghentikan keganasan itu, kata beliau.

Pembunuhan oleh penggembala semakin meningkat sejak awal tahun baru di Benue, di mana hubungan antara penggembala dan petani menjadi tegang. 

Pada 11 Januari lalu, satu pengebumian besar-besaran diadakan untuk 71 mangsa yang maut dalam keganasan yang didakwa dilakukan oleh golongan penggembala di negeri itu. 

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari, dijangka berkunjung ke negeri itu tidak lama lagi untuk mencari jalan bagi mengakhiri serangan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan