Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ganjaran RM8.2 juta bagi pendedah skandal 1MDB

Pendedah skandal 1MDB, Xavier Andre Justo sudah menerima RM8.2 juta (S$2.7 juta) dari Pengerusi Kumpulan Media The Edge.

Anggaran Waktu Membaca:
Ganjaran RM8.2 juta bagi pendedah skandal 1MDB

Bekas pegawai syarikat PetroSaudi International, Xavier Justo. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 01 Feb 2019 05:41PM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 05:46PM

KUALA LUMPUR: Pendedah skandal 1MDB, Xavier Andre Justo sudah menerima RM8.2 juta (S$2.7 juta) dari Pengerusi Kumpulan Media The Edge.

Encik Tong Kooi Ong berkata pemberian tersebut sebagai ganjaran kepada rakyat Switzeland itu kerana membantu mendedahkan skandal tersebut.

Wang itu diberikan semasa pertemuan mereka di pejabat The Edge semalam (31 Jan).

Encik Justo ialah bekas pegawai syarikat PetroSaudi International.

Beliau sudah memberi maklumat kepada The Edge dan Sarawak Report mengenai wang berbilion dolar yang dicuri dari dana 1MDB di bawah satu projek bersama dengan PetroSaudi International antara tahun 2009 hingga 2011.

Bagaimanapun Justo ditangkap pada Jun 2015 atas tuduhan melakukan peras ugut selepas memberi maklumat itu.

Dia meringkuk di dalam penjara di Thailand selama 18 bulan.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan