Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar remaja dipercayai Presiden Jokowi tular

Sikap rendah diri Presiden Indonesia Jokowi atau nama sebenar beliau, Joko Widodo, mendapat tempat di hati ramai rakyat Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar remaja dipercayai Presiden Jokowi tular

Presiden Jokowi menafikan bahawa gambar yang menular di media sosial ini adalah beliau semasa zaman remaja. (Gambar: @IloSanre/Twitter)

Diterbitkan : 26 Aug 2018 05:33PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 06:09PM

SHAH ALAM: Sikap rendah diri Presiden Indonesia Jokowi atau nama sebenar beliau, Joko Widodo, mendapat tempat di hati ramai rakyat Indonesia.

Anak sulung daripada empat beradik itu memiliki auranya tersendiri sehingga mendapat perhatian para pengguna media sosial.

Menurut laporan agensi berita Sinar Harian, Presiden Jokowi menerima pendidikan di sebuah Sekolah Dasar (SD) Negeri di Tirtoyoso, SD Negeri 112.

Sekolah itu bukanlah sebuah sekolah elit, melainkan dikenal sebagai sekolah untuk kalangan menengah ke bawah.

Sememangnya Presiden Jokowi dilahirkan dari keluarga yang sederhana, bukan mewah.

Kisah hidup sederhana itu menjadi inspirasi terutama ketika beliau mengalami kesusahan semasa zaman remajanya, lapor Sinar Harian.

Namun, kini hidupnya berubah 180 darjah apabila beliau menjadi orang nombor satu buat rakyat Indonesia.

Tidak terus menongak ke langit, pada awal Januari ketika sambutan tahun baru 2017, gambar beliau pernah menjadi tular. Ini selepas Presiden Jokowi memuatnaik gambarnya duduk di tembok batu dengan hanya memakai kemeja dan kain pelikat berlatar belakangkan bunga api di Bogor, Jawa Barat.

Kini sekali lagi, beliau menjadi tumpuan netizen apabila gambar sewaktu remaja tular di media sosial.

Di laman Facebooknya, Presiden Jokowi memuat naik gambarnya ketika remaja yang menunjukkan bahawa beliau hanya gemar menerokai alam semulajadi, bukan seperti gambar yang tular di media sosial.

Sinar Harian difahamkan bahawa pelbagai gambar klasik yang disebarkan mendakwa bapa kepada tiga anak itu ialah peminat lagu 'rock' dengan gaya rambut terpacak ala 'punk'.

Menurut pengguna akaun Twitter ILo Sanre, gambar berkenaan bernama Jokowi yang kini Presiden Indonesia dan ia sudahpun dikongsi 4,000 kali dan menerima 3,500 tanda suka.

Warga siber turut menganggap gaya rambut ala 'punk' bukan penentu kepada kehidupan seseorang pada masa akan datang, sebaliknya perlu berusaha seperti Presiden Jokowi.

Namun menulis di laman Facebooknya, Presiden Jokowi menafikan susuk tubuh dan gambar tersebut bukan dirinya.

"Saya pastikan itu bukan foto saya. Saya tidak seganteng itu di masa muda. Hehehe.

"Sebenarnya, pada usia seperti itu, saya lebih senang ke gunung, menerokai alam semulajadi, bersama kawan-kawan. Kami berjalan ke hutan, berkhemah, berbekal ala kadarnya seperti mi instan," katanya.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan