Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gambar puteri Saudi memandu cetus kontroversi

Muka depan majalah Vogue yang memaparkan seorang puteri Arab Saudi memandu kereta merah tanpa bumbung mencetuskan perbahasan hangat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar puteri Saudi memandu cetus kontroversi

Petikan gambar dari Vogue Arabia. (Gambar: Vouue Arabia/Instagram)

Diterbitkan : 31 May 2018 11:58PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 12:06AM

DUBAI: Muka depan majalah Vogue yang memaparkan seorang puteri Arab Saudi memandu kereta merah tanpa bumbung mencetuskan perbahasan hangat.

Ini memandangkan, penerbitan itu susulan penangkapan aktivis wanita yang memandu.

Imej Puteri Hayfa bint Abdullah al-Saud, di kerusi pemandu memakai sarung tangan kulit dan kasut tumit tinggi, disiarkan pada muka depan majalah Vogue versi Arab edisi Jun.

Ia diterbitkan ketika negara itu bersedia menarik balik larangan memandu ke atas wanita, pada 24 Jun.

Isu itu ditujukan kepada wanita Arab Saudi yang berpengaruh dan berinovasi serta memuji pembaharuan dilancarkan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, yang mahu mengendurkan sekatan sosial di negara itu selain mengekang kuasa golongan ulama.

"Di negara kami, ada golongan konservatif yang takutkan perubahan. Bagi ramai yang lain, itu sahaja yang mereka ketahui.

"Secara peribadi, saya menyokong perubahan itu dengan amat gembira," kata Puteri Hayfa, anak perempuan kepada Raja Abdullah, dipetik sebagai berkata oleh majalah itu.

Gambar itu dirakamkan di padang pasir di luar Jeddah.

Namun imej berkenaan tidak menarik minat kumpulan wanita yang membantah penangkapan sekurang-kurangnya 11 aktivis, bulan ini.

Kebanyakan yang ditahan dikenal pasti kumpulan hak sebagai wanita yang menyokong hak untuk memandu dan menamatkan sistem penjagaan lelaki di negara itu.

Sekurang-kurangnya empat daripada aktivis itu sudah dibebaskan minggu lalu, menurut Amnesty International.

Namun, nasib yang lain masih belum lagi jelas.

Majalah Vogue versi Arab itu juga menampilkan beberapa lagi wanita Saudi yang memberi inspirasi termasuk aktivis hak wanita Manal al-Sharif dan Saja Kamal, pemain bola sepak yang berusaha menubuhkan pasukan bola sepak wanita pertama di Saudi.  

Sumber : AFP/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan