Images
  • elephant mj
    (Gambar: NBC Bay Area/ Facebook)

Gajah peliharaan Michael Jackson "moonwalk" pulang ke kandang

FLORIDA: Gajah peliharaan mendiang Michael Jackson dilaporkan lari dari kandangnya yang terletak di Taman Haiwan Jacksonville di Florida. Gajah yang dinamakan Ali itu sebelum ini dipelihara di Neverland Ranch milik Michael Jackson.

Berita tentang haiwan itu yang lolos dari kandangnya dikongsi di laman Facebook, lapor NDTV.

"Apa yang akan anda lakukan jika gajah anda tidak berada dalam kandangnya? Kami 'moonwalk' bersamanya untuk memasuki kembali ke kandang!," seloroh pihak pengurusan taman haiwan itu.

Ali 'melarikan diri' selepas pagar kandangnya dibiarkan terbuka secara tidak sengaja. Taman haiwan itu bagaimanapun menyatakan bahawa tiada ancaman terhadap keselamatan para pengunjung. Protokol keselamatan juga dipatuhi.

Menurut NDTV, para penjaga haiwan berjaya 'memujuk' gajah itu kembali ke kandangnya dengan memberikan makanan dalam tempoh 20 minit.

"Gajah itu licik," komen seorang pengguna Facebook di laman taman haiwan itu. Pihak pengurusan haiwan itu "membuka ruang komennya" supaya para pengguna dapat memberi komen menggunakan bait-bait lagu Michael Jackson. "Pengembaraanya bagaikan Thriller!" tulis seorang lagi pengguna.

Ali dipelihara sejak 1997. Menurut NDTV lagi, mendiang penyanyi pop itu mempunyai taman haiwannya sendiri. Beliau memelihara harimau, orang utan dan banyak lagi haiwan lain.

Kebanyakan haiwannya dipindahkan dari ladang ternaknya ke taman haiwan dan kawasan perlindungan pada 2009 sebelum kematian penyanyi itu.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top