Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gagasan 'Rahmatan Lil Alamin' dasar baru M'sia - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Gagasan 'Rahmatan Lil Alamin' akan menjadi dasar baru negara dalam usaha kerajaan membentuk citra baru Malaysia pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gagasan 'Rahmatan Lil Alamin' dasar baru M'sia - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Gambar fail Dr Mujahid Yusof Rawa. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Apr 2019 11:31AM Dikemas Kini : 26 Apr 2019 11:34AM

KOTA BHARU: Gagasan 'Rahmatan Lil Alamin' akan menjadi dasar baru negara dalam usaha kerajaan membentuk citra baru Malaysia pada masa depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata kertas cadangan yang berteraskan konsep Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia sudah diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 14 Mac lepas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Ia dijangka akan menjadi antara agenda untuk diluluskan pada mesyuarat kabinet bulan depan dan sebaik diluluskan, ia akan menjadi gagasan masa depan bagi membentuk Malaysia baru yang perlu disokong semua pihak kerana ia sudah menjadi dasar kerajaan.

"Walaupun cadangan ini belum dibawa ke Kabinet, namun saya sudah menjelajah lima kementerian sebelum ini untuk menjelaskan mengenai gagasan ini dalam bentuk perbincangan bersama menteri dan InsyaAllah, saya akan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia (dalam masa terdekat) untuk memberi penerangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Jelajah Kampus ‘Rahmatan Lil Alamin’ di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa semalam (25 Apr).

Beliau turut berharap agar setiap kementerian dapat membawa konsep tersebut dalam setiap aktviti yang dianjurkan mereka dalam mencapai sasaran negara rahmat.

Mengulas mengenai Program Jelajah Kampus ‘Rahmatan Lil Alamin’ itu, Dr Mujahid berkata pihaknya akan mewujudkan satu platform bagi membolehkan mahasiswa dari Universiti Awam (UA) untuk berkongsi pandangan mereka tentang perkara semasa.

"Platform ini akan dibentuk mewakili setiap kampus masing-masing dan mungkin sekali atau dua kali sebulan kita akan berhimpun menerusi sesi perbincangan supaya dapat maklum balas yang bernas," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan