Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gagal sempurnakan lafaz sumpah; PM Thai jadi agenda perbahasan parlimen

Parti-parti pembangkang Thailand menfailkan usul untuk parlimen membahaskan kegagalan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menyempurnakan lafaz sumpah jawatannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gagal sempurnakan lafaz sumpah; PM Thai jadi agenda perbahasan parlimen

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-Cha. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 06:01PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 06:14PM

BANGKOK: Parti-parti pembangkang Thailand menfailkan usul untuk parlimen membahaskan kegagalan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menyempurnakan lafaz sumpah jawatannya.

Semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada bulan lalu, Encik Prayut tidak menyebut bahagian yang meminta para pemimpin Thai mematuhi perlembagaan negara.

Perbahasan parlimen kelak akan memberi tumpuan kepada kegagalan PM Prayut datang ke Dewan untuk memberikan penjelasannya mengenai hal tersebut.

Sebaliknya, Encik Prayut berkata parti-parti politik perlu menunggu hasil siasatan Ombudsman atau pihak yang mewakili kepentingan awam mengenai perkara tersebut.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan