Gabungan seni dan sains ini serlah kecantikan asli tumbuhan
Pernahkah anda melihat tanam-tanaman yang berubah-ubah warna dalam satu masa yang cepat?
ROTTERDAM: Pernahkah anda melihat tanam-tanaman yang berubah-ubah warna dalam satu masa yang cepat?
Itulah yang berlaku di sebuah ladang di bandar Lelystad di Belanda apabila matahari terbenam.
Ia hasil permainan lampu-lampu LED berwarna merah, biru dan ultraungu.
Cahaya dari lampu-lampu itu dipancarkan kepada dedaun tumbuh-tumbuhan dalam satu pertunjukan waktu malam yang cukup memukau.
Dipanggil "Grow", ia menggabungkan seni dan sains dan menampilkan kecantikan asli tumbuh-tumbuhan dan juga pertunjukan lampu futuristik.
Karya ciptaan Encik Daan Roosegaarde itu turut memberi penghormatan kepada para petani.
Beliau berharap 'Grow' boleh dibawa ke 40 negara lain dengan setiap satu menampilkan tanaman tempatan atau negara yang unik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.