Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fumio Kishida bakal digelar Perdana Menteri Jepun seterusnya

Fumio Kishida memenangi pilihan raya presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah Jepun, dan bakal menggantikan Perdana Menteri Yoshihide Suga, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Fumio Kishida bakal digelar Perdana Menteri Jepun seterusnya

Mantan menteri ehwal luar Jepun, Fumio Kishida, dipilih sebagai ketua baru parti pemerintah Parti Demokratik Liberal (LDP) pada 29 Sep 2021. (Gambar: Kyodo/melalui REUTERS)

Diterbitkan : 29 Sep 2021 04:00PM Dikemas Kini : 29 Sep 2021 04:01PM

TOKYO: Fumio Kishida memenangi pilihan raya presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah Jepun, dan bakal menggantikan Perdana Menteri Yoshihide Suga, lapor Xinhua.

Encik Kishida, mantan menteri luar, memperoleh 257 undi pada pusingan akhir sekali gus mengatasi pencabarnya, Taro Kono, yang mendapat 170 undi.

Memandangkan gabungan yang diketuai LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan parlimen, presiden baru parti itu hampir pasti dipilih sebagai perdana menteri dalam sidang parlimen (Diet) luar biasa yang dijadualkan pada 4 Oktober.

Pada pusingan pertama pengundian, Encik Kishida memperoleh 256 undi manakala Encik Kono meraih 255 undi.

Dua calon wanita iaitu mantan menteri perhubungan, Sanae Takaichi ,dan pemangku setiausaha agung eksekutif LDP, Seiko Noda, tewas dalam kesemua pusingan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan