Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Florida tanda tangani undang-undang kawal pemilikan senjata api

Gabenor Florida, Rick Scott menandatangani undang-undang baru mengawal  pemilikan senjata api di wilayah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Mar 2018 06:17PM Dikemas Kini : 10 Mar 2018 09:45PM

FLORIDA: Gabenor Florida, Rick Scott menandatangani undang-undang baru mengawal pemilikan senjata api di wilayah itu.

Di bawah peraturan baru itu, usia membolehkan seseorang membeli senjata dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun.

Tempoh menunggu tiga hari juga dikenakan sebelum si pembeli memperoleh senjata itu.

Peraturan baru itu menyusuli kejadian tembakan di sekolah Parkland hampir sebulan lalu, mengakibatkan 17 orang mati.

Undang-undang baru itu diluluskan meskipun ada bantahan daripada
Persatuan Senapang Nasional (NRA).

Menurut NRA, undang-undang itu mencabuli salah satu hak asasi di Amerika, iaitu hak untuk memperoleh senjata. 

Sumber : Agensi berita/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan