Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Fisher-Price tarik balik buaian Rock 'n Play selepas 30 bayi dilapor maut

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat mengumumkan pada Jumaat (12 Apr) bahawa syarikat pengeluar mainan Fisher-Price secara sukarela menarik balik produk buaian Rock 'n Play Sleeper dari pasaran, selepas lebih 30 kematian bayi dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Fisher-Price tarik balik buaian Rock 'n Play selepas 30 bayi dilapor maut

Buaian Rock 'n Play keluaran Fisher-Price (Gambar: Consumer Product Safety Commission)

Diterbitkan : 13 Apr 2019 11:10AM Dikemas Kini : 13 Apr 2019 11:18AM

WASHINGTON: Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat mengumumkan pada Jumaat (12 Apr) bahawa syarikat pengeluar mainan Fisher-Price secara sukarela menarik balik produk buaian Rock 'n Play Sleeper dari pasaran, selepas lebih 30 kematian bayi dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

Menurut pengawal selia itu, para pengguna harus segera berhenti menggunakan produk itu dan menghubungi Fisher-Price untuk mendapatkan bayaran balik atau baucar.

"Sejak produk itu diperkenalkan pada 2009, lebih 30 kematian kanak-kanak dikaitkan dengan Rock 'n Play Sleepers, selepas bayi tertiarap tanpa sebarang ikatan, atau dalam senario lain," menurut suruhanjaya tersebut di lamannya.

Ini menyusuli gesaan Akademi Paediatrik Amerika pada Selasa supaya suruhanjaya tersebut menarik balik semua produk berkenaan.

"Saya menggesa ibu bapa supaya berhenti menggunakan produk ini dengan serta-merta dan menghubungi Fisher-Price untuk mendapatkan bayaran balik atau baucar," kata pemangku pengerusi suruhanjaya itu, Ann Marie Buerkle seperti ditukil CNN.

Jumlah kes kematian dipantau menerusi analisis oleh kumpulan pemerhati Consumer Reports.

"Para pengguna perlu berhenti menggunakan produk itu dengan serta-merta dan menghubungi Fisher-Price bagi mendapatkan bayaran balik ataupun baucar," menurut suruhanjaya itu sambil menambah penarikan semula itu akan menjejas 4.7 juta sleepers.

Dalam kenyataannya, pemilik Fisher-Price, Mattel Inc menyatakan: "Kami berpegang teguh kepada keselamatan produk kami. Namun, disebabkan insiden-insiden yang dilaporkan, kami telah membuat keputusan untuk menarik balik secara sukarela Rock 'n Play Sleeper dengan kerjasama Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna."

Sumber : Reuters/CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan