Firma-firma AS mohon dapat terus berniaga dengan Huawei
Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, syarikat-syarikat teknologi Amerika mengatakan pengharaman ke atas syarikat Huawei, besar kemungkinan menggugat keselamatan nasional Amerika.
WASHINGTON: Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, syarikat-syarikat teknologi Amerika mengatakan pengharaman ke atas syarikat Huawei, besar kemungkinan menggugat keselamatan nasional Amerika.
Ini kerana, tanpa sumber pengeluaran Huawei, keupayaan syarikat-syarikat Amerika Syarikat untuk membangun teknologi baru boleh tersekat, termasuk teknologi yang diperlukan pihak tentera Amerika.
Di bawah peraturan Jabatan Komersil, syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang ingin terus berurusan dengan Huawei mesti mengemukakan permohonan lesen.
Firma-firma Amerika itu sedang dalam proses membuat permohonan bagi membolehkan mereka terus berurus niaga dengan Huawei, meskipun selepas pengharaman berkuat kuasa pada Ogos ini.
Firma-firma itu berhujah bahawa pengharaman itu sudah pun menjejas perniagaan syarikat-syarikat pembuat cip kerana ia mendorong syarikat-syarikat China supaya kurang bergantung kepada sumber bekalan Amerika Syarikat dan mencari pembekal yang lain di luar negara itu.
Setakat ini belum jelas jika alasan-alasan di sebalik permohonan kelonggaran oleh syarikat-syarikat teknologi itu akan diterima Jabatan Komersil Amerika Syarikat atau Rumah Putih.
Amaran itu dikeluarkan sedang Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Steven Mnuchin berkata Washington boleh mengurangkan sekatan terhadap peralatan telko China jika ada kemajuan dalam perjanjian dagangan dengan China.
Huawei diletakkan dalam senarai hitam oleh Amerika selepas Washington mendakwa teknologi Huawei digunakan untuk mengintip bagi pihak pemerintah China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.