Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Firma bioteknologi Jepun guna cacing kesan tanda awal barah

Satu ujian saringan menggunakan cacing halus bagi mengesan tanda-tanda awal barah pankreas dalam air kencing dibangunkan oleh sebuah firma bioteknologi Jepun, dengan harapan ia dapat meningkatkan pengesanan rutin.

Anggaran Waktu Membaca:

TOKYO: Satu ujian saringan menggunakan cacing halus bagi mengesan tanda-tanda awal barah pankreas dalam air kencing dibangunkan oleh sebuah firma bioteknologi Jepun, dengan harapan ia dapat meningkatkan pengesanan rutin.

Para saintis sudah lama mengetahui bahawa bendalir tubuh pesakit barah mempunyai bau berbeza berbanding mereka yang sihat. Anjing turut dilatih untuk mengesan penyakit itu dalam sampel pernafasan atau air kencing.

Namun, syarikat Hirotsu Bio Science mengubah genetik sejenis cacing digelar "C. elegans" yang berukuran sekitar satu milimeter panjang dan mempunyai deria bau yang kuat - untuk memberi tindak balas terhadap air kencing orang yang menghidap barah pankreas, yang lazimnya sukar untuk dikesan pada peringkat awal.

"Ini adalah satu perkembangan teknologi yang besar," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takaaki Hirotsu, bekas ahli akademik yang mengkaji cacing halus dikenali sebagai nematoda itu, kepada AFP.

Syarikat berpangkalan di Tokyo itu sudah pun menggunakan cacing tersebut bagi mengesan barah dalam ujian saringan, walaupun ia tidak menjelaskan jenis barah.

Ujian baru itu bukan bertujuan untuk mendiagnos barah pankreas tetapi dapat membantu mempertingkatkan pengesanan rutin kerana sampel air kencing boleh dibuat dengan mudah di rumah tanpa perlu pergi ke hospital, kata Dr Hirotsu pada satu sidang media pada Selasa (16 Nov).

Jika cacing itu mengesan tanda barah pankreas, pesakit boleh dirujuk kepada doktor bagi ujian lanjut, katanya.

Beliau berharap ini dapat membantu meningkatkan kadar pengesanan barah di Jepun, yang seperti banyak negara menyaksikan kadar saringan merosot semasa pandemik kerana orang ramai mengelak daripada melakukan pemeriksaan perubatan.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan