Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Filipina turunkan tahap amaran Gunung berapi Taal

Satu letupan besar dari gunung berapi Taal tidak lagi mendatangkan ancaman, menurut pihak berkuasa hari ini (26 Jan). Oleh itu, pihak berkuasa menarik semula perintah berpindah ke atas para penduduk, namun pada masa sama mengingatkan mereka agar sentiasa berjaga-jaga.

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina turunkan tahap amaran Gunung berapi Taal

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2020 03:47PM Dikemas Kini : 26 Jan 2020 03:49PM

MANILA: Satu letupan besar dari gunung berapi Taal tidak lagi mendatangkan ancaman, menurut pihak berkuasa hari ini (26 Jan). Oleh itu, pihak berkuasa menarik semula perintah berpindah ke atas para penduduk, namun pada masa sama mengingatkan mereka agar sentiasa berjaga-jaga.

Tanda amaran seperti gempa bumi tidak lagi kelihatan sejak Taal meletus dua minggu lalu, sekali gus memaksa perpindahan sekurang-kurangnya 15,000 penduduk ke pusat perlindungan sementara.

Agensi seismologi negara menyatakan, debu dan pengeluaran gas yang semakin berkurangan adalah antara tanda yang menunjukkan gunung berkenaan tidak lagi berada dalam keadaan berbahaya.

Ia menyaksikan penarikan semula perintah berpindah oleh pemerintah tempatan di bandar-bandar mengelilingi gunung berapi tersebut, yang juga tempat tarikan pelancong kerana terletak di tengah tasik.

“Penduduk di kawasan bandar yang diarah berpindah sebelum ini kecuali Agoncillo dan Laurel kini berpeluang kembali ke kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun terdapat kemungkinan ia akan meletus dan kita sepatutnya bersedia untuk berpindah dalam tempoh sejam,” kata gabenor tempatan, Encik Hermilando Mandanas dalam satu sidang media.

Taal mengeluarkan debu panas setinggi 15 kilometer ke udara dan memuntahkan lahar ketika letupan pada 12 Januari lalu, yang memusnahkan ratusan kediaman serta meragut nyawa haiwan ternakan dan tanaman.

Taal terletak 60 kilometer dari ibu kota Manila dan antara gunung berapi paling aktif di negara itu.

Letusan terakhirnya adalah pada tahun 1977. Pada 1965, letupan Taal meragut kira-kira 200 nyawa.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan